Spider - Salut

Buka kau tidak berjaga-jaga
Atau kau sudah hilang rasa
Mahu pun lupa cerita lara
Sampai sudah masih terkena

Berbelas berpuluh
Beratus kali engkau
Terbabas terhempas terpulas

Sebelum kita salut
Lu memang hero
Kita pun kecut perut
Tengok dari jauh

Sebelum kita salut
Lu memang jebat
Bila dah banyak balut
Masih lagi ligat

Di mata kita mereka buta
Kita insan yang tak berguna
Tak patut hidup di pentas maya
Biar saja digilis roda

Berbelas berpuluh
Beratus kali dia
Terbabas terhempas terpulas

Kita semua memanglah suka
Mahu meihat kau berjaya
Semoga kau dapat cinta yang mulia

Sebelum kita salut
Sebelum kita salut

Muatturun MP3

0 pendapat: